~✿..Tidak bertemu MATA, tidak bertemu SUARA, tidak mengungkap JANJI, tidak bermadah CINTA, cukuplah kata MENGINGAT Allah, cukuplah NASIHAT serta TEGURAN, cukuplah aku tahu dirimu punya AGAMA dan IMAN..soal HATI dan PERASAAN biar masa menentukan..hati kita Allah yang PUNYA, hati kita Allah yang JAGA..BERDOALAH kerana itu SENJATA kita..andai TAKDIR hidup bersama, pasti Allah PERMUDAHKAN JALANNYA..✿~

>>> Dia sudah BAHAGIA..mungkinkah KEHADIRANKU akan membuatkan dirinya LEBIH BAHAGIA..Allah, terima kasih di atas "PERTEMUAN" itu..(✿◠‿◠)

Saturday, 29 October 2011

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu 
“W.TAUFIK WWW”. Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.


Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.


Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam. Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid. Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.
Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%&#^%?

No comments:

Post a Comment